Apr 19, 2011

SAYA KETAGIH SEKS :/

WEEWITTT

ehh korang . . hari ni kan miemie ada citer nak share . gempak weyy :) maaf dulu miemie pohon kalau citer ni ada myentuh pasaan u all . actually cerita nie miemie nak korang jadikan pengajaran , khas buat adik2 , kakak2 or sesapa yg bgelar PEREMPUAN . sebagai perempuan , aset terpenting kita ialah MARUAH .

cewaahh , miemie tak mau ceramah panjang gila beb sebab miemie tak perfeck juga . yeppy , meh kita layan kisah sebenar yang berlaku kepada someone girl nie . ehh , tak ley malas2 tau . baca smpai abisss . peace bro!!

GADIS KETAGIH SEKS

SAYA berumur 19 tahun dan masih belajar. Ketika berumur 10 tahun, saya melakukan hubungan seks dengan sepupu saya. Dalam usia yang terlalu muda, saya langsung tidak mengerti apa yang saya lakukan.


Seingat saya, dua kali sepupu saya meniduri saya dan kejadian berlaku apabila dia datang ke rumah saya ketika cuti sekolah. Ayah tidak tahu hal ini kerana sibuk bekerja, manakala ibu pula sibuk menguruskan hal enam anaknya yang lain.
Ibu juga dulunya tidak mengendahkan saya. Ibu hanya memberi makan dan kasih sayang sekali-sekala kepada saya. Selebihnya saya banyak berdikari. Sekarang, sepupu saya menerima rawatan di Pusat Serenti kerana terbabit dengan dadah.

Saya bersyukur pada Allah kerana tidak menemukan saya dengan dirinya lagi. Mungkin jika berdepan dengannya, segala macam perasaan takut, benci dan marah akan timbul dalam diri saya.

Selain itu, ketika kanak-kanak, saya juga pernah melakukan hubungan seks dengan pak cik saya. Bagaimanapun, ketika usia 11 tahun saya mula mengerti apa maknanya ‘rogol’. Saya juga tahu apabila melakukan hubungan seks, seorang perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak.

Saya juga mula faham bahawa hubungan seks sepatutnya hanya boleh dilakukan oleh orang yang berkahwin. Dengan pemahaman itu, saya mula menjaga kehormatan diri dan tidak lagi melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun.

Masalahnya, mungkin disebabkan pernah melakukan hubungan seks, kini saya ketagih untuk melakukannya lagi. Untuk memuaskan nafsu, saya kerap melakukan onani dengan sebarang objek.

Saya tak mahu perbuatan ini berterusan, tapi saya sukar menghentikannya. Apa perlu saya lakukan? Saya juga ingin tahu, jika kerap melakukan onani, adakah saya susah dapat anak apabila berkahwin kelak?

 saya sedih dengan apa yang berlaku ke atas diri saya. Ketika di tingkatan dua saya mula terfikir mengenai status saya, adakah saya masih ada dara atau tidak? Saya tidak suka bila nenek, ibu dan ayah panggil saya anak dara.

Sekarang saya ada teman lelaki. Kami berkawan sejak saya tingkatan empat lagi. Dengan dia, saya tidak pernah lakukan hubungan seks betul-betul, tapi secara luaran saja. Saya cerita segala masalah saya padanya dan syukur dia menerima saya seadanya.


Masalahnya, saya senang tergoda dengan rayuannya dan saya bimbang akan terlanjur melakukan hubungan seks. Kini saya keluar malam untuk berjumpa dengannya tanpa pengetahuan ibu bapa, biarpun saya tahu risikonya.

Ayah pernah memberi amaran pada saya jika saya ditangkap (pihak berkuasa) kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, ayah tidak akan jamin saya. Saya terfikir, adakah ayah kata begitu kerana dia tidak sayang saya?






----> hemmm , macam tu laa cerita nya . ehh , ini bukan kisah miemie . LOL . miemie dapat pengajaran dari kisah ini iaitu ====>



  • parents tu mesti laa sentiasa awasi anak anda , especially ur daughter..
  • girl , u mesti jaga kehormatan anda itu . kalau masih tak matang , knapa plak u malu tnyak kat mama u ke aunty ke or ur teacher..
  • oh lelaki kat luar sana , korang nie kann kann ishhh . buaya sesangat ke ? 
neyy , ceramah laa miemie nie . ok2 , kalau ada mistake or u all nak komen or sound miemie ntah pa apa , sila ke sini ye facebook miemie